Friday, December 9, 2011

ALHAMDULILLAH : HIJRAH MEREKA (PART ONE)

Assalamualaikum w.b.t.

Apa khabar org bandar/kampung sekalian?
Hehe..CK alhamdulillah sihat.

Hari ni
hari Jumaat
Penghulu segala hari
Alhamdulillah
Kita masih di muka bumi Allah S.W.T
Syukur kepada-NYA

Okey
hari ni nak wat entry skit 
pasal golongan artis yang telah berhijrah
bukan berhijrah negara ye uolllss
tapi
berhijrah ke jalan Allah S.W.T
alhamdulillah
syukur ke hadrat Ilahi
kerana mereka dan kita sendiri diberikan peluang 
untuk memperbaiki diri
dan kembali ke jalan yang diredhai oleh-NYA

Siapakah di antara mereka yang telah berhijrah?
Baik wanita mahupun lelaki
mereka adalah insan yang boleh kita contohi
dan kisah mereka boleh dijadikan pengajaran buat kita
InsyaAllah...

1. Sham Kamikaze


Sham Kamikaze atau nama sebenarnya 
Shamril Salleh, dilahirkan pada tahun 1976 di dalam
sebuah keluarga berlatarbelakangkan muzik.
Mula bermain gitar pada usia 12 tahun
dan telah bermain dalam kumpulan sejak berumur 14 tahun.

Beliau juga membentuk kumpulan muzik Kamikaze 
pada tahun 1999 dan telah merekodkan tiga album.

selepas berjumpa dan berjabat tangan dengan 
Imam Besar Masjidil Haram di Kangar Perlis.

Imam Abdul Rahman Abdul Aziz al-Sudaid
Imam Besar Masjidil Haram

2. Hj. Azmil Mustapha


Siapa yang tidak mengenali pelakon cerita Ali Setan ini?
Hj. Azmil Mustapha alhamdulillah, 
telah menerima hidayah oleh Allah S.W.T.

Boleh dengarkan kisah beliau di sini
Ustaz Hj azmil Mustapha : hijrah diri satu pengalaman


3. Bob Lokman


Bob Lokman sebelum beliau berhijrah
telah dikenali sebagai pelakon,pelawak dan juga juri
bagi program Raja Lawak oleh Astro.

Alhamdulillah, beliau telah diberikan hidayah
oleh Allah S.W.T
Jangan dipandang pada parti politik yang beliau sertai
pandang pada niat dan perubahan yang telah beliau lakukan

silakan baca...


4. Iwan Syahman (Iwan Dangdut)




Iwan Syahman dahulunya dikenali dengan nama 
Iwan Dangdut, seorang penyanyi dan komposer 
lagu-lagu dangdut, juga pernah berduet bersama
penyanyi dangdut Amelina iaitu lagu
Memori Daun Pisang.

Alhamdulillah, kini beliau telah mendekatkan 
diri dengan Allah S.W.T.
Kepakaran beliau dalam mencipta muzik
telah digunakan sebagai mungkin untuk 
mencipta lagu dakwah iaitu


5. Ustaz Akhil Hayy


Ustaz Akhil Hayy, dahulunya seorang 
anggota kumpulan rock D'Riyadh.
Pada tahun 1993, tanpa sebarang masalah,
kumpulan beliau mula berpecah. Akhirnya,
beliau berhajat untuk membuat album solo.
Oleh kerana terlalu banyak halangan,
beliau akhirnya berhijrah ke kampung
dan mula mendekatkan diri dengan masjid.

Pada tahun 1995, bapanya yang merupakan 
seorang mutawif haji membawa beliau menunaikan haji 
di Mekah.Sebelum ke Mekah, beliau telah belajar agama
di Pasentrian, Indonesia. 

Selepas itu, beliau mula berdakwah, menyampaikan
kuliah, mengajar Al-Quran & Iqra' dan sebagainya
di Pusat Pembangunan Keluarga di Ipoh.

6. Kumpulan Al Mawlid

credit to: rentakartis.com

Kumpulan Al Mawlid merupakan gabungan ahli kumpulan Innuendo, VE dan Ruffedge.
Mereka terdiri daripada 

Amer Munawer Yusoff
(Amer Ruffedge)

Saiful Amir Abdul Wahab
(Pot Innuendo)

Azan Addin Abdul Wahab
(Azan Ruffedge)

Abdullah Ahmad
(Lah VE)

Zafri Nanarudin
(Zaf VE)

Alhamdulillah, mereka sekarang sedang memperjuangkan
lagu berbentuk dakwah dan puji-pujian
ke atas Allah S.W.T. dan Nabi Muhammad S.A.W.

Syukur ke hadrat Ilahi kerana telah mengurniakan
hidayah-NYA kepada mereka.
Diharapkan kita juga akan menerima 
hidayah dari Allah S.W.T.
InsyaAllah... Ameen 

^_^

p/s: nantikan Part 2 pulak ye...










No comments:

Post a Comment