Assalamualaikum w.b.t.
Bertemu kembali dalam slot
HIJRAH MEREKA
chewahh!.. macam rancangn tv le pulok
:b
Alhamdulillah, kita diberi kesempatan untuk
bersama-sama mengikuti sambungan
kisah penghijrahan positif
yang telah dilakukan oleh selebriti
tanah air kita.
CKtelah menyenaraikan
antara artis kaum Adam
yang telah melakukan penghijrahan
ke jalan yang diredhai Allah S.W.T.
So
kali ni kita lihat pulak
senarai kaum Hawa
yang telah sama melakukan perubahan
untuk ke jalan Allah S.W.T.
1. Hajjah Noor Kumalasari
Hajjah Noor Kumalasari
seorang pelakon dan penyanyi yang popular
pada tahun 1970-an dan 1980-an.
Antara filem lakonan beliau ialah
Adik Manja, Mira Edora dan banyak lagi.
Kisah penghijrahan beliau bermula
dengan satu hadith daif - " setiap helai rambut saya
yang dilihat orang mungkin akan menyiksakan saya
selama 60 tahun di akhirat. Hadith yang walaupun daif,
tapi siapa kita untuk menafikannya"
boleh baca kisah selanjutnya di:
2. Wilma Muhammad
Wilma Muhammad
pelakon filem Ghazal Untuk Rabiah & Pasrah
telah melakukan penghijrahan dengan bertudung
selepas berkahwin dengan arwah suami beliau.
Semoga beliau kekal berpenampilan sebegini
walaupun beliau kembali ke dunia lakonan
InsyaAllah ^_^
3. Wardina Saffiyah
Siapa yang tidak mengenali empunya nama
Wardina Saffiyah merupakan seorang pengacara TV,
pelakon dan juga penulis buku.
Di antara buku beliau yang telah diterbitkan adalah
Mama Saya Lapar & Siapa Alien.
Berdarah kacukan Australia (sebelah bapa)
dan Melayu Acheh (sebelah ibu) dan telah mendirikan
rumah tangga dengan seorang arkitek dan dikurniakan
3 cahayamata yang sangat comel.
Dahulunya terkenal dengan sitkom
'Spanar Jaya'
Kisah penghijrahan beliau boleh ditonton di bawah ini
4. Catriona Ross
Catriona Ross mula bertudung pada 16 Julai 2010.
Ketika beliau menemani rakan-rakannya membeli
tudung, dari situ beliau menerima hidayah-Nya
untuk membuat penghijrahan diri.
Alhamdulillah
Kisah beliau boleh ditonton di sini:
5. Irma Hasmie
Alhamdulillah
pelakon dan pengacara
Irma Hasmie juga telah melakukan
penghijrahan positif untuk
kembali ke jalan yang diredhai oleh
Allah S.W.T.
6. Farah Diana
Farah Diana, pengacara program
Rasa Halal Oriental di Astro Oasis.
Niat bertudung sudah lama disimpan oleh
penyanyi yang mulai dikenali melalui
Akademi Fantasia Musim Ke-2.
Akhirnya pada 11 Julai 2010,
beliau tampil sepenuhnya dengan imej bertudung.
Semoga istiqamah... Ameen
^_^
7. Diana Amir
Kisah Diana Amir mula bertudung
sangat menginsafkan.
Beliau mengambil keputusan untuk bertudung
dan berhijrah selepas beberapa kali
bermimpi mengenai hari kiamat
Begitulah jalan yang telah Allah tunjukkan
kepada beliau.
Semoga kita mengambil iktibar dan pengajaran
dari kisah beliau.
Kisah selanjutnya di sini.
8. Siti Nordiana
Siti Nordiana merupakan seorang penyanyi
dan bekas isteri Allahyarham Faizal Yusup
telah melakukan perubahan besar dengan
merubah imej dirinya yang dahulunya
agak seksi, sekarang tampil bertudung...
Alhamdulillah
^_^
p/s:
Alhamdulillah, marilah kita sama-sama
mendoakan agar perubahan mereka berkekalan dan
insyaAllah, bertambah baik.
Dan untuk diri kita juga,
marilah sama-sama kita mengambil pengajaran
dari kisah mereka.