Monday, January 23, 2012

FAKTA KE AUTA NI?

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah
kita dapat berkongsi ilmu lagi
ilmu yang mungkin ada yang dah tau
ada yang belum tau
tak kesahlah
yang da tau
bolehlah sahihkan betul atau tak fakta-fakta ni kan

Mentang-mentanglah CK ni mengajor Sains
nak tulis fakta la pulok ye
yela, sains kan berdasarkan fakta
huhuhu
CK pun bukan tau semua mende
ni dah dpt info
moh ler kita share
bak kata omputih
"Sharing is Caring"

Di antara yang mungkin korang da tau atau belum tau:
  • kuku tangan tumbuh lebih cepat dari kuku kaki.
  • (cer buat eksperimen sendiri)
  • di setiap satu inci kulit manusia terdapat 20 juta makhluk mikroskopik.(mende ape mikrsokopik tuh?)
Mikroskopik dalam tubuh manusia
Sumber: Mr.Google
  • Zirafah boleh hidup lebih lama tanpa air daripada unta.
  • Nama sebenar rama-rama (butterfly) ialah 'flutterby'
  • Jika nombor 111,111,111 didarab dengan 111,111,111 , korang akan dapat jawapan 12345678987654321 (try kira, betul ke?)
  • tanda (#) di keyboard komputer sebenarnya bernama 'octhothorp'.
  • adalah mustahil untuk kita bersin tanpa pejam mata.

  • Jantung kita berdegup lebih daripada 1 juta kali sehari.
  • kopi ditemui oleh kambing (???)
  • panjang dari pergelangan tangan anda hingga ke siku adalah sama panjang dengan kaki anda. (moh ukur)
  • ikan emas, jika dibiarkan lama dalam gelap akan bertukar menjadi warna putih.
  • Mexico City tenggelam sedikit demi sedikit sekitar 10 inci setiap tahun (huh?!)
  • Otak akan lebih aktif ketika tidur daripada ketika menonton tv.
  • Mulut manusia menghasilkan kira-kira 1.5 liter air liur setiap hari.
Renung2kan dan selamat berfikir dan mencuba yang mana boleh ^_^

sumber: 

Friday, January 20, 2012

Tahniah: Selamat Pengantin Baru buat Ally Iskandar & Farah Lee

Assalamualaikum w.b.t.

Tanggal 20 Januari 2012
yang jatuh pada hari yang cukup mulia
penghulu segala hari
iaitu hari Jumaat
telah melakarkan sejarah tersendiri 
buat pasangan yang baru sahaja 
selamat diijabkabulkan
iaitu
ALLY ISKANDAR & FARAH LEE

Alhamdulillah
Tahniah CK ucapkan kepada pasangan ini
CK sangat tertarik dengan saudari Farah Lee
penampilan muslimah yang dibawa oleh beliau 
sangat sejuk mata memandang

Ally Iskandar sangat bertuah 
kerana bertemu jodoh
dengan beliau.

Selamat menempuh alam rumah tangga.
CK doakan semoga ikatan suami isteri 
yang terbina ini
dirahmati dan diberkati oleh 
ALLAH S.W.T
Amin
^_^

Beberapa keping gambar pernikahan mereka untuk tatapan semua:
gambar ihsan daripada: blog abg Nara & blog Oh!Bulan






Pictures Updated : 20/1/2012 @ 7.22 pm



farah lee

farah lee

farah lee

farah lee





SONY DSC



Wednesday, January 18, 2012

Tuesday, January 17, 2012

MATACUCI: DESTINASI PILIHAN CK ^_^

Assalamualaikum w.b.t.

hohoho
hari ni CK terlebey rajin sudah
menghapdate belogku nih
padahal keje menimbun 
tak sedar-sedar diri

ala...
biarlah
CK nk cuci mata dulu
kasi terang
baru leh sambung wat keja

Jom kita sama-sama cuci mata

  1. Pulau Langkawi (tempat paling CUN kat Kedah)


Cable Car, Pulau Langkawi
Sesapa yang  belum sampai Langkawi, jemput-jemputlah menelaah peta kecik ni ye
  
 


BILA OMBAK MENGHEMPAS PANTAI HATI...

Assalamualaikum w.b.t.

Bila ombak menghempas pantai hati CK
aduhhh!
inilah jadinya
tak tentu arah sekejap

dan hati pula memainkan lagu ini

Tuhan tolong lembutkan hati dia
untuk terimaku seadanya
kerna ku tak sanggup
kerna ku tak mampu
hidup tanpa dia di sisiku....

Tuhan aku tahu banyak dosaku
hanya ingatkan-Mu kala duka ku
namun hanya KAMU
yang mampu membuka
pintu hatinya tuk cintaku




:'(

Sunday, January 15, 2012

JADUAL PUASA ^_^

Assalamualaikum w.b.t.

Korang mesti pelik kan
apahal la CK ni letak tajuk 
jadual puasa
bulan puasa @ Ramadhan kan lambat lagi
hohoho

Haish!
bukan apa
tengah CK mencuci mata di 
mukabuku a.k.a facebook td
CK ternampak satu post mengenai
Jadual Puasa
So,
kita sebagai umat Islam
rasanya eloklah pakat-pakat 
tengok, download dan  laksanakan 
ikut kemampuan masing-masing

bukan apa
CK sendiri pun kadang-kadang terbabas jugak
bab puasa ni
so, 
ini adalah sebagai panduan CK
dan jugak anda semua

berikut adalah entry yang CK dapat dr FB

" Assalamualaikum...
Disini ada jadual puasa sunat yang boleh dilakukan sepanjang tahun 2012. Di ubahsuai dari 'template'  yang dihasilkan oleh seorang hamba Allah bagi menserminkan tahun 2012."

dan inilah jadualnya


Korang boleh klik di bawah:


Selamat beramal
^_^

Friday, January 13, 2012

SAYA & KERJAYA

Assalamualaikum w.b.t.

Entry kali ini mengisahkan tentang
CK & Kerjaya
Kerjaya CK?
ala, takkan korang tak tau kot
CK ni kan
~ CHEKGU ~

Mmmmm
Ada apa dengan kerjaya kesayangan ku ini?
Ada apa lagi....


kerja yang
MENIMBUN 

Hadoi
CK dah letih
standard awal tahun kan
kerja kalah menteri
sibuk aje memanjang
sampai takde masa untuk 
cayang bucuk CK ni

Seb baik cayang bucuk CK ni
tak pandai merajuk
kan kan kan

Ok lah cayang bucuk
CK nak sambung wat keje nih
tumpang belum bersuami ni
bolehlah lengkapkan kerja yang tak pernah habis
bila dah berlaki nanti
kenala pandai bahagi masa kan
(bilalah agaknya tu...)

^_^

Tuesday, January 3, 2012

5 TAHUN SUDAH ^_^

Assalamualaikum w.b.t.

5 tahun sudah!
apa yang 5 tahun?

Usia Perkahwinan?..tidak...

Usia anak comel?...tidak...

ianya adalah ...

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

dah 5 tahun CK jadik chekgu
dah setengah dekad upenye
macam tak caya je

Dan
banyak perubahan yang telah CK alami 
sepanjang lima tahun bergelar pendidik
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

:: Dulu kala ::
 ~ Pegi keje dangan daddy terchenta~
~ Takdela garang ~
~ baik aje, sopan sungguh, cakap dgn cik puan pun sopan je ~
~ Kureng skit bab-bab melawak ni, sensitip bebenor ~
~ tak pandai nak bergaul ~

:: Sekarang ::
~ Pegi keje naik kereta ~
~ Garang macam singa ~
~ huh! kadang-kadang cik puan pun dianggap macam kawan, cakap ikut dan je ~
~ Hahaha! CK lah di antara chekgu yg tak reti diam kat skolah ~
~ Dengan student pun jadik sembang ~

Hohoho
cukup-cukuplah
hahaha
nak tergelak pon ada bila ingat masa mula-mula jadik chekgu

and the best thing is
"Tanpa semua peristiwa yang telah berlaku itu, tiadalah pengalaman hidup yang CK tempuhi. Belajar dari pengalaman hidup agar dapat memperbaiki diri menjadi insan yang lebih baik"

^_^