Saturday, December 31, 2011

TAHUN BARU 2012 vs TAHUN BARU 1433H

Assalamualaikum w.b.t.




VS



Majoriti kita umat Islam ni
sibuk sangat merayakan 
Tahun Baru 2012

hmm
CK ni memang la jahil pasal
sambutan-sambutan macam ni
yang CK tahu
Hari Raya Puasa, Hari Raya Haji, Maulidur Rasul
& Awal Muharam

dan setahu CK lah kan
kita ni sebagai umat Islam
tahun baru yang sepatutnya kita sambut adalah
tahun baru Maal Hijrah @ Awal Muharam

CK ni jahil bab-bab agama ni
tapi rasanya
kita sebagai umat Islam
tak patut mengagungkan sambutan 
tahun baru setiap 1 Januari

Itu bukan budaya kita dan yang paling penting
tiada pun tarikh tersebut sebagai tarikh penting
dalam kalendar Islam

Sorrylah kalau ada yg terasa bila baca entry CK kali ini
tapi CK rasa kita patut membuka mata kita sebagai umat Islam

According to Christian mythology, 1 January is the day of the circumcision of Jesus (on the eighth day of his birth), when the name of Jesus was given to him (Luke 2:21)."


Masya Allah
korang boleh baca sendiri di laman web 
Wikipedia

dan terdapat beberapa artikel yang ditulis oleh sahabat blogger yang lain mengenai sambutan tahun baru masihi

pmram-manhal.blogspot
kerabubersuara.blogspot

p/s: dulu-dulu pun CK teringin nak sambut tahun baru ni, tapi tak sambut pun, cuma dok wish kat kawan-kawan ja, sekarang dah tau dah la, kita nk ucapkan kepada kwn-kwn pun tak boleh. Semoga kita semua diberikan petunjuk oleh Allah S.W.T


Friday, December 30, 2011

RAGAM : OH! MEREKA...

Assalamualaikum w.b.t.

Entry kali ini mengenai mereka
ya! mereka...
siapa mereka ini?
apa kaitan mereka dengan CK?
korang nak tau?

Layankan entry CK kali ini
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Mereka yang CK maksudkan
adalah 3 orang kanak2 yang dah takleh dipanggil
"kanak-kanak ribena"
kerana
mereka sudah menjadi
"Remaja Muslimah"

Cewaaaahhhh!
Kelas korang ye!
anda2 semua nk tau tak apa 
kanak-kanak tak ribena ni dah buat dengan CK?

Diorang dengan penuh keprihatinan dan keihklasan hatinya
telah membuat beberapa usaha
mencarikan calon suami untuk CK
hohoho
idok sabar doh nk ber"abang ipar" ye

Diorang daftarkan CK dalam 
laman cari kawanlah, cari jodohlah
mencipta reka ayat2 yang agak cap ayam
(jangan marah yew =b)
hahaha
semua diorang uruskan
lawak gak pikir kekadang tu

Ck tau diorang sayang CK sebab CK ni suka buli baik hati dengan diorang
ngeh3x....
Anyway, CK sangat-sangat menghargai usaha gigih korang
sembunyik-sembunyik cilok email CK
daftarkan dalam website yang CK pun tak penah bukak

Anda-anda nk tengok siapa mereka?
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
hmm....sorry...takleh letak...nanti diorang glamer dari CK
(ayat kurang jelas mengenai kejelesan CK)
hahahaha

Anyway cousins,
KORANG MEMANG SWEET
^_^

Tuesday, December 27, 2011

SORRY, CK SIBUK :-(

Assalamualaikum w.b.t.

huhuhu
(mood: nggak gumbira)

Kesian cayang bucuk CK
:-(
Lama CK tak manja-manja cat gitew
tamau merajuk hokey my cayang bucuk
CK tau
sayang bucuk mesti merajuk kan

hmm...
nak wat cmne cayang bucuk
CK dah takleh ber"honeymoon" dengan cayang bucuk kerap-kerap sangat
ada pihak yang jeles
hmmm

Cayang bucuk nk tibai si jeles itew?
hmmm
takyahla cayang bucuk
dia mmg takde hati dan perasaan
dia adalah....adalah...
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Tempat keje CK la cayang bucuk
CK dah abes cuti sekolah
CK kenala masuk keje balik
takley la nk manja cat-cat selalu
cayang bucuk jangan merajuk hokey

ni la cayang bucuk CK
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

ngeh3x
mesti korang igt cayang bucuk tu
pakwe CK kan...
~ hohoho ~

^_^

Tuesday, December 20, 2011

BOROS KE? MEH KITA BUAT BAJET BULANAN ^_^

Assalamualaikum w.b.t.

picture crdt to - http://nash121.blogspot.com

Hohoho
tajuk entry hari ni kena benor dgn CK
boros ke CK ni?
boros la jugak

Okey
CK akui yang CK ni agak boros jugak
orang lain habiskan duit beli baju, mekap, handbag, kasut
tp CK habiskan duit beli buku

Itulah kelemahan CK
pantang masuk kedai buku
adesss!
rambang mata tengok buku-buku yang ada
wajib beli kalau dah singgah

Okeylah
pikir punye pikir
CK ni gaji dahla sempot
hahahaha
tak padan dengan gaji sempot itew
sempat lagi habiskan duit
mai tengah bulan
mulalah garu kepala walaupun tak gatal

So, I came out with one idea
woah ! speaking london gitew
hehehe
CK create satu borang 
borang yang CK harap berkesan untuk merancang 
perbelanjaan bulanan

Kalau korang pun pemboros macam CK
meh download borang ni meh
tapi kena rajin la sikit
mengisi borang tu
untuk kitew kitew jugak kan....

Sapa nak download
klik link di bawah ni


Selamat mengisi borang
^_^

Monday, December 19, 2011

KURSUS OH KURSUS

Assalamualaikum w.b.t.

Alahai...
Hilang mood bercuti bila dapat mesej
dari tempat keje CK
yang berbunyi seperti di bawah :

"Salam. Puan Cik diwajibkan hadir ke kursus KSSR Tahun 2 yang akan diadakan pada 22hb-24hb Disember 2011 di Amanpura Hotel, Sg.Petani.Sekian, harap maklum. Terima kasih"

Lemah semangat den
3 hari 2 malam
di Amanpura Hotel
Sungai Petani
idok ler jauh mana pun dgn tempat CK

tapi
uwaaaaaa !
kursus time cuti sekolah
tak syoknya
tapi apa buleh buat
namanya keje

So, 
untuk menceriakan hati CK ni
CK melawat lorh Hotel Amanpura ni
melawat dengan MR.GOOGLE je
ngeh3x

dan inilah hasil google-lan CK






credit to: Amanpura Hotel

Hoho
CUN ar tempat dia...
nih semangat nak gi kursus ni
ada swimming pool bagai

Hahaha..teruk betoi CK ni
tempat CUN baru semangat nk pi kursus

p/s: Semangat, semangat jugak, ketaq pi kursus tetap ada...balik nk kena present dekat rakan sekerja pulak...CK, chaiyok chaiyok!
^_^

Sunday, December 18, 2011

DOWNLOAD PHOTOSCAPE

Assalamualaikum w.b.t.

Korang perasan tak ada page Tutorial Photoscape CK?
Hoho
Pelik kan?
Orang wat tutorial blog, tutorial wordpress,
CK wat tutorial Photoscape

Mende apa Photoscape ni?


Ha! Photoscape ni sepupu sepapat company lain la dgn
Adobe Photoshop
Fungsi yang sama, cuma Photoshop advance lagi lorr
itew je..

So, bagi korang yang terlebih pro macam CK ni
kita guna Photoscape aje la ye
senang je...hehehe

Okeyah, kuat bebel lak CK ni
mana korang leh dapat Photoscape ni?
Senang je, F.O.C. lagi uollsss....
I loike ^_^

Korang leh download kat bawah ni hokey !


Selamat Mendownload
^_^



JIWA KACAU : ANTARA DUA

Assalamualaikum w.b.t.

Sorry
entry CK kali ni agak peribadi sket
nak wat macamana kan
CK pun ada hati dan perasaan
kadang-kadang CK pun perlu meluahkan perasaan kan

Humm...
CK dah buntu
buntu sangat-sangat
apa yang patut CK buat
siapa yang patut CK pilih

Susahkan bila berada di situasi 'antara dua' ni
CK ni bukan cantik pun
(sejujur-jujurnya ni)
CK pun bukan baik mana pun
(seikhlas-ikhlasnya ni)
Bila dilanda jiwa kacau mcm ni
adesss!..boleh tercabut otak pikiaq

tengah dok serabut
pi dengaq pulak lagu 
"Opick ~ Rapuh"
haish!
kena sungguhla dengan jiwa kacau ni

" detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu "


Ya Allah , tolonglah berikan petunjuk kepada hamba-MU 
yang keliru ini. Hanya pada-MU ku memohon pertolongan 
dan ketenangan hati dan perasaan ini.
Amin



SAMBIL MENGANGA DI RUMAH MARILAH MENDERMA

Assalamualaikum w.b.t.

Haha
Tajuk entry CK kali ni
nampak sangat tajuk beramal....

Well, you know CK
Know me meh?
Hahaha

Takdela
kalau ikutkan orang Kedah ni
chek nk habaq mai
(keluaq dah loghat utagha dia)
hari Ahad adalah hari bekerja
tapi almaklumla
pada semua yang tak kenai CK lagi
CK ni memanjang cuti...
tapi idok ler cuti bersalin
(laki pun takdak lagi, nak bersalin tang mana nya..hahaha)
CK cuti sekolah...yeeehaaaaaa!!!
tapi bukan sebagai pelajar la naa...
tua dah aih CK ni
tahun depan dah 52 (sila terkalehkan angka itew ye)
CK ni tenaga pelajar pengajar di sekolah itu
Sekolah mana???

Sekolah ni la......

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Sekolah Rendah Islam Nurul Hidayah P.Elang Kulim
( SRINPEK )

Sekolah yang CK duk mengajaq la ni
dan
CK nak minta kawan-kawan yang mana
ada rezeki berlebihan
yang 
tak habis makan pun sebulan tu
bolehlah menderma 
pada sekolah CK
sekolah kami masih memerlukan bantuan
untuk menampung kos pembangunan sekolah

Untuk makluman
sekolah CK ni adalah sekolah rendah agama yang 
berdaftar dengan 
Majlis Agama Islam Kedah

Marilah sama-sama kita membantu 
InsyaAllah, Allah akan melipatgandakan 
rezeki anda semua... Amin

TQ

p/s: CK buh tajuk bukan main nak menganga...tapi ni dia la hasil menganga...hehehe

Saturday, December 17, 2011

MANA DAPAT NAMA CIK KOPIAH ?

Assalamualaikum w.b.t.

Korang mesti pelik
apesal la mak cik ni letak nama blog dia 
Cik Kopiah
kopiah tu kan adik beradik mak lain bapak lain dengan songkok
humm...

Haha!...
korang nak tau..CK pun tak penah terpikir
yang CK akan dapat gelaran CK ni...
dan
yang bagi CK gelaran ni tak lain dan tak bukan
adalah
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


Budak ni la...

Hahahaha...
lawak kan...
baru je umo 3 tahun 
dan pasal umo dia yang 3 tahun tu lah
CK dapat gelaran ni
dan teruslah melekat sampai sekarang

Hah!
Budak tu chumil kan
Tapi CK lg chumil
kat pipi jela...
hahaha...
Nama budak ni ada je tertulis di gambar itu
tapi CK panggey dia
Chah
sebut betol2...
C.H.A.H ....CHAH

Jangan silap okey!
Nanti dia fire ngn Ultraman dia
CK taktau..
hahaha

Chah lah ilham CK untuk idea nama
blog yang baru nk merangkak ni
TQ Chah
Cik Kopiah Sayang Chah
Nanti kita pi jalan-jalan
Tinggal Baba Chah na...
Bawa Mama Chah dah la...
Baba Chah jangan marah na.....
Hahaha

p/s: ni kalau mak pak dia baca, jenuh menyorok CK..buat entry anak depa ja, entry depa tak buat...hahaha...biaq la anak glamer sorang2....


FILEM : ALVIN & THE CHIPMUNKS 3

Assalamualaikum w.b.t.

Sapa dah tengok filem
Alvin and the Chipmunks 3?


Leh la share pendapat korang ek
^_^

Alvin and the Chipmunks
filem yang terkenal  dengan watak
chipmunks yang tersangat lah comelnya
(jeles CK tau :b)

Hehe
tapi bukan nak cite pasal kecomelan diorang tu je
Tapi
jalan cerita dalam filem
Alvin and the Chipmunks 3 
bagi saya lah, tak tahulah org lain guane kan...
sangat best
sangat chumil
dan
bagi CK
dari cerita ini
CK dapat sedikit pengajaran

Ya...pengajaran
apa yang boleh disimpulkan ialah
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
1. Kita mestilah bekerjasama dalam melaksanakan tugas berkumpulan
2. Nilai kasih sayang tidak terbatas di antara manusia dan haiwan, kedua-duanya adalah makhluk ciptaan Yang Maha Esa.
3. Bersedia untuk memaafkan orang lain kerana kita tidak pernah lari dari melakukan kesilapan.
4. Hargailah persahabatan yang wujud walaupun pada suatu masa dahulu kita penah bermusuhan.

Jadi
bagi yang belum menonton filem ni
bolehlah ke panggung wayang untuk menontonnya
takpun
korang tunggu je DVD keluar

sesapa nak tengok trailer
leh klik di bawah ini

"bukan sekadar filem kartun kanak-kanak, ia jugak memberi pengajaran yang bermakna untuk kehidupan kita "
~ Yang ikhlas~
* Cik Kopiah *



Monday, December 12, 2011

IKON MUSLIMAH: USTAZAH FIRUZ AKHTAR MOHAMAD BOHARI

Assalamualaikum w.b.t.

Hari ni, CK nak share sedikit info mengenai 
Juara Ustazah Pilihan Musim Pertama
iaitu
Ustazah Firuz Akhtar bt Mohamad Bohari


Nama Penuh
FIRUZ AKHTAR BT MOHAMAD BOHARI

Tarikh Lahir
29 OGOS 1984

Asal
KUALA LUMPUR

Status
BUJANG

Pendidikan
MA PENGAJIAN ISLAM DAN TIMUR TENGAH
(Universiti St.Louis, Washington)
BA BAHASA DAN KESUSASTERAAN PARSI

Blog

Gambar beliau (sumber : Google)




^_^

Sunday, December 11, 2011

ALHAMDULILLAH : HIJRAH MEREKA (PART TWO)

Assalamualaikum w.b.t.

Bertemu kembali dalam slot
HIJRAH MEREKA
chewahh!.. macam rancangn tv le pulok
:b

Alhamdulillah, kita diberi kesempatan untuk
bersama-sama mengikuti sambungan 
kisah penghijrahan positif 
yang telah dilakukan oleh selebriti
tanah air kita.

CKtelah menyenaraikan 
antara artis kaum Adam
yang telah melakukan penghijrahan
ke jalan yang diredhai Allah S.W.T.

So
kali ni kita lihat pulak
senarai kaum Hawa
yang telah sama melakukan perubahan
untuk ke jalan Allah S.W.T.

1. Hajjah Noor Kumalasari


Hajjah Noor Kumalasari
seorang pelakon dan penyanyi yang popular
pada tahun 1970-an dan 1980-an.
Antara filem lakonan beliau ialah
Adik Manja, Mira Edora dan banyak lagi.

Kisah penghijrahan beliau bermula
dengan satu hadith daif - " setiap helai rambut saya
yang dilihat orang mungkin akan menyiksakan saya
selama 60 tahun di akhirat. Hadith yang walaupun daif,
tapi siapa kita untuk menafikannya"

boleh baca kisah selanjutnya di:

2. Wilma Muhammad


Wilma Muhammad
pelakon filem Ghazal Untuk Rabiah & Pasrah
telah melakukan penghijrahan dengan bertudung
selepas berkahwin dengan arwah suami beliau.

Semoga beliau kekal berpenampilan sebegini
walaupun beliau kembali ke dunia lakonan
InsyaAllah ^_^

3. Wardina Saffiyah


Siapa yang tidak mengenali empunya nama
Wardina Saffiyah merupakan seorang pengacara TV,
pelakon dan juga penulis buku.
Di antara buku beliau yang telah diterbitkan adalah
Mama Saya Lapar & Siapa Alien.
Berdarah kacukan Australia (sebelah bapa)
dan Melayu Acheh (sebelah ibu) dan telah mendirikan
rumah tangga dengan seorang arkitek dan dikurniakan
3 cahayamata yang sangat comel.

Dahulunya terkenal dengan sitkom
'Spanar Jaya'

Kisah penghijrahan beliau boleh ditonton di bawah ini

4. Catriona Ross


Catriona Ross mula bertudung pada 16 Julai 2010.
Ketika beliau menemani rakan-rakannya membeli
tudung, dari situ beliau menerima hidayah-Nya
untuk membuat penghijrahan diri.
Alhamdulillah

Kisah beliau boleh ditonton di sini:

5. Irma Hasmie


Alhamdulillah
pelakon dan pengacara 
Irma Hasmie juga telah melakukan
penghijrahan positif untuk
kembali ke jalan yang diredhai oleh
Allah S.W.T.

6. Farah Diana


Farah Diana, pengacara program 
Rasa Halal Oriental di Astro Oasis.
Niat bertudung sudah lama disimpan oleh
penyanyi yang mulai dikenali melalui
Akademi Fantasia Musim Ke-2.
Akhirnya pada 11 Julai 2010,
beliau tampil sepenuhnya dengan imej bertudung.

Semoga istiqamah... Ameen 
^_^

7. Diana Amir


Kisah Diana Amir mula bertudung
sangat menginsafkan.
Beliau mengambil keputusan untuk bertudung 
dan berhijrah selepas beberapa kali
bermimpi mengenai hari kiamat

Begitulah jalan yang telah Allah tunjukkan
kepada beliau.
Semoga kita mengambil iktibar dan pengajaran
dari kisah beliau.

Kisah selanjutnya di sini.

8. Siti Nordiana


Siti Nordiana merupakan seorang penyanyi
dan bekas isteri Allahyarham Faizal Yusup
telah melakukan perubahan besar dengan
merubah imej dirinya yang dahulunya
agak seksi, sekarang tampil bertudung...
Alhamdulillah
^_^


p/s:
Alhamdulillah, marilah kita sama-sama
mendoakan agar perubahan mereka berkekalan dan 
insyaAllah, bertambah baik.
Dan untuk diri kita juga, 
marilah sama-sama kita mengambil pengajaran 
dari kisah mereka.

Saturday, December 10, 2011

10 DIS 2011: GERHANA BULAN PENUH

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah
sekali lagi kita dapat menyaksikan gerhana bulan penuh
pada
10 Disember 2011

Fenomena ini akan berlaku pada waktu puncak
iaitu sebaik sahaja matahari terbenam
dan
berlarutan sehingga lewat tengah malam

Gerhana kali ini dijangka dapat disaksikan dengan mudah
oleh orang ramai
InsyaAllah
^_^

Sebagai umat Islam
kita digalakkan untuk melakukan
solat sunat gerhana bulan / matahari

Jadi
bolehlah melakukan solat sunat gerhana ni ye
sebab solat gerhana ni ialah sunat muakkad
(sunat yang sangat digalakkan)

Cara-cara solat sunat gerhana boleh dirujuk di bawah ni


UPDATE !
Video Gerhana Bulan Penuh 
10 Disember 2011
di
Kulim, Kedah Darul Aman.


Friday, December 9, 2011

ALHAMDULILLAH : HIJRAH MEREKA (PART ONE)

Assalamualaikum w.b.t.

Apa khabar org bandar/kampung sekalian?
Hehe..CK alhamdulillah sihat.

Hari ni
hari Jumaat
Penghulu segala hari
Alhamdulillah
Kita masih di muka bumi Allah S.W.T
Syukur kepada-NYA

Okey
hari ni nak wat entry skit 
pasal golongan artis yang telah berhijrah
bukan berhijrah negara ye uolllss
tapi
berhijrah ke jalan Allah S.W.T
alhamdulillah
syukur ke hadrat Ilahi
kerana mereka dan kita sendiri diberikan peluang 
untuk memperbaiki diri
dan kembali ke jalan yang diredhai oleh-NYA

Siapakah di antara mereka yang telah berhijrah?
Baik wanita mahupun lelaki
mereka adalah insan yang boleh kita contohi
dan kisah mereka boleh dijadikan pengajaran buat kita
InsyaAllah...

1. Sham Kamikaze


Sham Kamikaze atau nama sebenarnya 
Shamril Salleh, dilahirkan pada tahun 1976 di dalam
sebuah keluarga berlatarbelakangkan muzik.
Mula bermain gitar pada usia 12 tahun
dan telah bermain dalam kumpulan sejak berumur 14 tahun.

Beliau juga membentuk kumpulan muzik Kamikaze 
pada tahun 1999 dan telah merekodkan tiga album.

selepas berjumpa dan berjabat tangan dengan 
Imam Besar Masjidil Haram di Kangar Perlis.

Imam Abdul Rahman Abdul Aziz al-Sudaid
Imam Besar Masjidil Haram

2. Hj. Azmil Mustapha


Siapa yang tidak mengenali pelakon cerita Ali Setan ini?
Hj. Azmil Mustapha alhamdulillah, 
telah menerima hidayah oleh Allah S.W.T.

Boleh dengarkan kisah beliau di sini
Ustaz Hj azmil Mustapha : hijrah diri satu pengalaman


3. Bob Lokman


Bob Lokman sebelum beliau berhijrah
telah dikenali sebagai pelakon,pelawak dan juga juri
bagi program Raja Lawak oleh Astro.

Alhamdulillah, beliau telah diberikan hidayah
oleh Allah S.W.T
Jangan dipandang pada parti politik yang beliau sertai
pandang pada niat dan perubahan yang telah beliau lakukan

silakan baca...


4. Iwan Syahman (Iwan Dangdut)




Iwan Syahman dahulunya dikenali dengan nama 
Iwan Dangdut, seorang penyanyi dan komposer 
lagu-lagu dangdut, juga pernah berduet bersama
penyanyi dangdut Amelina iaitu lagu
Memori Daun Pisang.

Alhamdulillah, kini beliau telah mendekatkan 
diri dengan Allah S.W.T.
Kepakaran beliau dalam mencipta muzik
telah digunakan sebagai mungkin untuk 
mencipta lagu dakwah iaitu


5. Ustaz Akhil Hayy


Ustaz Akhil Hayy, dahulunya seorang 
anggota kumpulan rock D'Riyadh.
Pada tahun 1993, tanpa sebarang masalah,
kumpulan beliau mula berpecah. Akhirnya,
beliau berhajat untuk membuat album solo.
Oleh kerana terlalu banyak halangan,
beliau akhirnya berhijrah ke kampung
dan mula mendekatkan diri dengan masjid.

Pada tahun 1995, bapanya yang merupakan 
seorang mutawif haji membawa beliau menunaikan haji 
di Mekah.Sebelum ke Mekah, beliau telah belajar agama
di Pasentrian, Indonesia. 

Selepas itu, beliau mula berdakwah, menyampaikan
kuliah, mengajar Al-Quran & Iqra' dan sebagainya
di Pusat Pembangunan Keluarga di Ipoh.

6. Kumpulan Al Mawlid

credit to: rentakartis.com

Kumpulan Al Mawlid merupakan gabungan ahli kumpulan Innuendo, VE dan Ruffedge.
Mereka terdiri daripada 

Amer Munawer Yusoff
(Amer Ruffedge)

Saiful Amir Abdul Wahab
(Pot Innuendo)

Azan Addin Abdul Wahab
(Azan Ruffedge)

Abdullah Ahmad
(Lah VE)

Zafri Nanarudin
(Zaf VE)

Alhamdulillah, mereka sekarang sedang memperjuangkan
lagu berbentuk dakwah dan puji-pujian
ke atas Allah S.W.T. dan Nabi Muhammad S.A.W.

Syukur ke hadrat Ilahi kerana telah mengurniakan
hidayah-NYA kepada mereka.
Diharapkan kita juga akan menerima 
hidayah dari Allah S.W.T.
InsyaAllah... Ameen 

^_^

p/s: nantikan Part 2 pulak ye...