Showing posts with label 2011. Show all posts
Showing posts with label 2011. Show all posts

Friday, December 30, 2011

RAGAM : OH! MEREKA...

Assalamualaikum w.b.t.

Entry kali ini mengenai mereka
ya! mereka...
siapa mereka ini?
apa kaitan mereka dengan CK?
korang nak tau?

Layankan entry CK kali ini
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Mereka yang CK maksudkan
adalah 3 orang kanak2 yang dah takleh dipanggil
"kanak-kanak ribena"
kerana
mereka sudah menjadi
"Remaja Muslimah"

Cewaaaahhhh!
Kelas korang ye!
anda2 semua nk tau tak apa 
kanak-kanak tak ribena ni dah buat dengan CK?

Diorang dengan penuh keprihatinan dan keihklasan hatinya
telah membuat beberapa usaha
mencarikan calon suami untuk CK
hohoho
idok sabar doh nk ber"abang ipar" ye

Diorang daftarkan CK dalam 
laman cari kawanlah, cari jodohlah
mencipta reka ayat2 yang agak cap ayam
(jangan marah yew =b)
hahaha
semua diorang uruskan
lawak gak pikir kekadang tu

Ck tau diorang sayang CK sebab CK ni suka buli baik hati dengan diorang
ngeh3x....
Anyway, CK sangat-sangat menghargai usaha gigih korang
sembunyik-sembunyik cilok email CK
daftarkan dalam website yang CK pun tak penah bukak

Anda-anda nk tengok siapa mereka?
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
hmm....sorry...takleh letak...nanti diorang glamer dari CK
(ayat kurang jelas mengenai kejelesan CK)
hahahaha

Anyway cousins,
KORANG MEMANG SWEET
^_^

Tuesday, December 27, 2011

SORRY, CK SIBUK :-(

Assalamualaikum w.b.t.

huhuhu
(mood: nggak gumbira)

Kesian cayang bucuk CK
:-(
Lama CK tak manja-manja cat gitew
tamau merajuk hokey my cayang bucuk
CK tau
sayang bucuk mesti merajuk kan

hmm...
nak wat cmne cayang bucuk
CK dah takleh ber"honeymoon" dengan cayang bucuk kerap-kerap sangat
ada pihak yang jeles
hmmm

Cayang bucuk nk tibai si jeles itew?
hmmm
takyahla cayang bucuk
dia mmg takde hati dan perasaan
dia adalah....adalah...
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Tempat keje CK la cayang bucuk
CK dah abes cuti sekolah
CK kenala masuk keje balik
takley la nk manja cat-cat selalu
cayang bucuk jangan merajuk hokey

ni la cayang bucuk CK
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

ngeh3x
mesti korang igt cayang bucuk tu
pakwe CK kan...
~ hohoho ~

^_^

Monday, December 12, 2011

IKON MUSLIMAH: USTAZAH FIRUZ AKHTAR MOHAMAD BOHARI

Assalamualaikum w.b.t.

Hari ni, CK nak share sedikit info mengenai 
Juara Ustazah Pilihan Musim Pertama
iaitu
Ustazah Firuz Akhtar bt Mohamad Bohari


Nama Penuh
FIRUZ AKHTAR BT MOHAMAD BOHARI

Tarikh Lahir
29 OGOS 1984

Asal
KUALA LUMPUR

Status
BUJANG

Pendidikan
MA PENGAJIAN ISLAM DAN TIMUR TENGAH
(Universiti St.Louis, Washington)
BA BAHASA DAN KESUSASTERAAN PARSI

Blog

Gambar beliau (sumber : Google)




^_^

Sunday, December 11, 2011

ALHAMDULILLAH : HIJRAH MEREKA (PART TWO)

Assalamualaikum w.b.t.

Bertemu kembali dalam slot
HIJRAH MEREKA
chewahh!.. macam rancangn tv le pulok
:b

Alhamdulillah, kita diberi kesempatan untuk
bersama-sama mengikuti sambungan 
kisah penghijrahan positif 
yang telah dilakukan oleh selebriti
tanah air kita.

CKtelah menyenaraikan 
antara artis kaum Adam
yang telah melakukan penghijrahan
ke jalan yang diredhai Allah S.W.T.

So
kali ni kita lihat pulak
senarai kaum Hawa
yang telah sama melakukan perubahan
untuk ke jalan Allah S.W.T.

1. Hajjah Noor Kumalasari


Hajjah Noor Kumalasari
seorang pelakon dan penyanyi yang popular
pada tahun 1970-an dan 1980-an.
Antara filem lakonan beliau ialah
Adik Manja, Mira Edora dan banyak lagi.

Kisah penghijrahan beliau bermula
dengan satu hadith daif - " setiap helai rambut saya
yang dilihat orang mungkin akan menyiksakan saya
selama 60 tahun di akhirat. Hadith yang walaupun daif,
tapi siapa kita untuk menafikannya"

boleh baca kisah selanjutnya di:

2. Wilma Muhammad


Wilma Muhammad
pelakon filem Ghazal Untuk Rabiah & Pasrah
telah melakukan penghijrahan dengan bertudung
selepas berkahwin dengan arwah suami beliau.

Semoga beliau kekal berpenampilan sebegini
walaupun beliau kembali ke dunia lakonan
InsyaAllah ^_^

3. Wardina Saffiyah


Siapa yang tidak mengenali empunya nama
Wardina Saffiyah merupakan seorang pengacara TV,
pelakon dan juga penulis buku.
Di antara buku beliau yang telah diterbitkan adalah
Mama Saya Lapar & Siapa Alien.
Berdarah kacukan Australia (sebelah bapa)
dan Melayu Acheh (sebelah ibu) dan telah mendirikan
rumah tangga dengan seorang arkitek dan dikurniakan
3 cahayamata yang sangat comel.

Dahulunya terkenal dengan sitkom
'Spanar Jaya'

Kisah penghijrahan beliau boleh ditonton di bawah ini

4. Catriona Ross


Catriona Ross mula bertudung pada 16 Julai 2010.
Ketika beliau menemani rakan-rakannya membeli
tudung, dari situ beliau menerima hidayah-Nya
untuk membuat penghijrahan diri.
Alhamdulillah

Kisah beliau boleh ditonton di sini:

5. Irma Hasmie


Alhamdulillah
pelakon dan pengacara 
Irma Hasmie juga telah melakukan
penghijrahan positif untuk
kembali ke jalan yang diredhai oleh
Allah S.W.T.

6. Farah Diana


Farah Diana, pengacara program 
Rasa Halal Oriental di Astro Oasis.
Niat bertudung sudah lama disimpan oleh
penyanyi yang mulai dikenali melalui
Akademi Fantasia Musim Ke-2.
Akhirnya pada 11 Julai 2010,
beliau tampil sepenuhnya dengan imej bertudung.

Semoga istiqamah... Ameen 
^_^

7. Diana Amir


Kisah Diana Amir mula bertudung
sangat menginsafkan.
Beliau mengambil keputusan untuk bertudung 
dan berhijrah selepas beberapa kali
bermimpi mengenai hari kiamat

Begitulah jalan yang telah Allah tunjukkan
kepada beliau.
Semoga kita mengambil iktibar dan pengajaran
dari kisah beliau.

Kisah selanjutnya di sini.

8. Siti Nordiana


Siti Nordiana merupakan seorang penyanyi
dan bekas isteri Allahyarham Faizal Yusup
telah melakukan perubahan besar dengan
merubah imej dirinya yang dahulunya
agak seksi, sekarang tampil bertudung...
Alhamdulillah
^_^


p/s:
Alhamdulillah, marilah kita sama-sama
mendoakan agar perubahan mereka berkekalan dan 
insyaAllah, bertambah baik.
Dan untuk diri kita juga, 
marilah sama-sama kita mengambil pengajaran 
dari kisah mereka.

Saturday, December 10, 2011

10 DIS 2011: GERHANA BULAN PENUH

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah
sekali lagi kita dapat menyaksikan gerhana bulan penuh
pada
10 Disember 2011

Fenomena ini akan berlaku pada waktu puncak
iaitu sebaik sahaja matahari terbenam
dan
berlarutan sehingga lewat tengah malam

Gerhana kali ini dijangka dapat disaksikan dengan mudah
oleh orang ramai
InsyaAllah
^_^

Sebagai umat Islam
kita digalakkan untuk melakukan
solat sunat gerhana bulan / matahari

Jadi
bolehlah melakukan solat sunat gerhana ni ye
sebab solat gerhana ni ialah sunat muakkad
(sunat yang sangat digalakkan)

Cara-cara solat sunat gerhana boleh dirujuk di bawah ni


UPDATE !
Video Gerhana Bulan Penuh 
10 Disember 2011
di
Kulim, Kedah Darul Aman.


Friday, December 9, 2011

ALHAMDULILLAH : HIJRAH MEREKA (PART ONE)

Assalamualaikum w.b.t.

Apa khabar org bandar/kampung sekalian?
Hehe..CK alhamdulillah sihat.

Hari ni
hari Jumaat
Penghulu segala hari
Alhamdulillah
Kita masih di muka bumi Allah S.W.T
Syukur kepada-NYA

Okey
hari ni nak wat entry skit 
pasal golongan artis yang telah berhijrah
bukan berhijrah negara ye uolllss
tapi
berhijrah ke jalan Allah S.W.T
alhamdulillah
syukur ke hadrat Ilahi
kerana mereka dan kita sendiri diberikan peluang 
untuk memperbaiki diri
dan kembali ke jalan yang diredhai oleh-NYA

Siapakah di antara mereka yang telah berhijrah?
Baik wanita mahupun lelaki
mereka adalah insan yang boleh kita contohi
dan kisah mereka boleh dijadikan pengajaran buat kita
InsyaAllah...

1. Sham Kamikaze


Sham Kamikaze atau nama sebenarnya 
Shamril Salleh, dilahirkan pada tahun 1976 di dalam
sebuah keluarga berlatarbelakangkan muzik.
Mula bermain gitar pada usia 12 tahun
dan telah bermain dalam kumpulan sejak berumur 14 tahun.

Beliau juga membentuk kumpulan muzik Kamikaze 
pada tahun 1999 dan telah merekodkan tiga album.

selepas berjumpa dan berjabat tangan dengan 
Imam Besar Masjidil Haram di Kangar Perlis.

Imam Abdul Rahman Abdul Aziz al-Sudaid
Imam Besar Masjidil Haram

2. Hj. Azmil Mustapha


Siapa yang tidak mengenali pelakon cerita Ali Setan ini?
Hj. Azmil Mustapha alhamdulillah, 
telah menerima hidayah oleh Allah S.W.T.

Boleh dengarkan kisah beliau di sini
Ustaz Hj azmil Mustapha : hijrah diri satu pengalaman


3. Bob Lokman


Bob Lokman sebelum beliau berhijrah
telah dikenali sebagai pelakon,pelawak dan juga juri
bagi program Raja Lawak oleh Astro.

Alhamdulillah, beliau telah diberikan hidayah
oleh Allah S.W.T
Jangan dipandang pada parti politik yang beliau sertai
pandang pada niat dan perubahan yang telah beliau lakukan

silakan baca...


4. Iwan Syahman (Iwan Dangdut)




Iwan Syahman dahulunya dikenali dengan nama 
Iwan Dangdut, seorang penyanyi dan komposer 
lagu-lagu dangdut, juga pernah berduet bersama
penyanyi dangdut Amelina iaitu lagu
Memori Daun Pisang.

Alhamdulillah, kini beliau telah mendekatkan 
diri dengan Allah S.W.T.
Kepakaran beliau dalam mencipta muzik
telah digunakan sebagai mungkin untuk 
mencipta lagu dakwah iaitu


5. Ustaz Akhil Hayy


Ustaz Akhil Hayy, dahulunya seorang 
anggota kumpulan rock D'Riyadh.
Pada tahun 1993, tanpa sebarang masalah,
kumpulan beliau mula berpecah. Akhirnya,
beliau berhajat untuk membuat album solo.
Oleh kerana terlalu banyak halangan,
beliau akhirnya berhijrah ke kampung
dan mula mendekatkan diri dengan masjid.

Pada tahun 1995, bapanya yang merupakan 
seorang mutawif haji membawa beliau menunaikan haji 
di Mekah.Sebelum ke Mekah, beliau telah belajar agama
di Pasentrian, Indonesia. 

Selepas itu, beliau mula berdakwah, menyampaikan
kuliah, mengajar Al-Quran & Iqra' dan sebagainya
di Pusat Pembangunan Keluarga di Ipoh.

6. Kumpulan Al Mawlid

credit to: rentakartis.com

Kumpulan Al Mawlid merupakan gabungan ahli kumpulan Innuendo, VE dan Ruffedge.
Mereka terdiri daripada 

Amer Munawer Yusoff
(Amer Ruffedge)

Saiful Amir Abdul Wahab
(Pot Innuendo)

Azan Addin Abdul Wahab
(Azan Ruffedge)

Abdullah Ahmad
(Lah VE)

Zafri Nanarudin
(Zaf VE)

Alhamdulillah, mereka sekarang sedang memperjuangkan
lagu berbentuk dakwah dan puji-pujian
ke atas Allah S.W.T. dan Nabi Muhammad S.A.W.

Syukur ke hadrat Ilahi kerana telah mengurniakan
hidayah-NYA kepada mereka.
Diharapkan kita juga akan menerima 
hidayah dari Allah S.W.T.
InsyaAllah... Ameen 

^_^

p/s: nantikan Part 2 pulak ye...










Sunday, December 4, 2011

Tahniah: Ustazah Firuz Akhtar Juara Ustazah Pilihan

Assalamualaikum w.b.t.

Mungkin agak lambat sket tulis pasal berita ni.
Tapi tak kira, nak tulis jugak.

Sapa tengok rancangan Ustazah Pilihan terbitan Astro?
CK takde Astro kat rumah
sebab tu lah lambat hapdate nih ha!...

Rancangan Ustazah Pilihan telah pun melabuhkan tirainya
dan tentulah adat rancangan berkonsepkan pertandingan
mestilah ada calon yang terbaik

Siapakah juaranya?
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
USTAZAH FIRUZ AKHTAR BT. MOHAMAD BOHARI

  FIRUZ AKHTAR dinobatkan Juara program realiti Ustazah Pilihan Astro Oasis.

dan sebenarnya....
beliau adalah sepupu kepada adik sepupu saya
(Wan Fatimah Az-Zaharaa, Wan Ahmad Syahir & siblings)
Alhamdulillah,
beliau di antara Ikon Muslimah yang dapat kita kaum hawa contohi.

TAHNIAH !!!